- Uruskanlah akademi pendidikan ini dengan bersungguh-sungguh dan berorientasikan kecemerlangan dalam akademik dan perindahkanlah akhlak pelajarnya.
- Sayangilah pelajarnya sebagaimana ibu bapanya menyayangi mereka dengan meletakkan harapan menghantar mereka belajar di sini. Sebagaimana juga cikgu-cikgu menyayangi anak-anak cikgu dan mahukan mereka berjaya.
-
Subest Academy ditubuhkan bukanlah berteraskan perniagaan dan
keuntungan yang menjadi keutamaan sehingga mengabaikan kualiti ilmu yang
disampaikan. Ianya untuk membantu anak didik untuk mampu bersaing
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Namun, dalam setiap usaha yang
dijalankan pastilah ada kosnya. Kos sewa, utilitis, guru-guru,
penyelenggaraan, pengurusan dan sebagainya tidak boleh dielakkan.
Guru-guru juga perlu ada sedikit ganjaran kerana pengorbanan masa dan
tenaga mereka demi turut sama dalam usaha ini.
Jadi biarlah situasinya menang sama menang. - Tambahnya lagi, jika ada mereka yang tidak mampu bantulah, asalkan bantuan itu pulangannya adalah kejayaan kepada mereka sendiri dan tidaklah disia-siakan.
- Tidak berkira soal masa, biarlah berlebih-lebih sedikit daripada masa yang diperuntukkan, supaya apa yang dibayar setimpal dengan dengan apa yang diperolehi.
- Permudahkanlah urusan ibu bapa dan pelajar, janganlah dibebankan selagi akademi ini tidak terbeban.
- Semua setiap apa yang dijalankan ini, haruslah pengakhirannya dengan keikhlasan. Hanya keikhlasan yang menghilangkan setiap kepenatan yang ada.
- Usaha ini bukanlah untuk jangkamasa pendek. Wawasannya juga jauh. Biarlah akademi ini suatu masa nanti juga turut tertubuhnya sebuah universiti atau setidaknya sebuah kolej, supaya pelajar dapat terus dibantu sehingga ke alam pekerjaan, seterusnya mampu menjunjung agamanya, membangunkan bangsa dan memajukan tanahairnya.
Sunday, 24 May 2015
Dari Meja Pengerusi
Petikan kata-kata dan perbualan pengerusi kami :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment