Salam sejahtera, setengah tahun 2015 hampir melepasi. Sepanjang tempoh
ini kami mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih kepada semua
ibu bapa, pelajar dan semua pihak yang telah berurusan dengan kami sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih atas
kepercayaan dan amanah yang diberikan.
Melepasi setengah tahun ini dan menjengah tahun akan datang, kami
dalam urusan melakukan refleksi dan merangka perancangan awal untuk
mendepani masa hadapan ini. Dan semua ini dijalankan tidak lain dan
tidak bukan demi untuk memastikan pencapaian yang lebih baik terutama
kepada pelajar dan misi akademi untuk lebih maju ke hadapan.
Insha-Allah, antara perancangan awal yang telah dirancang dan di atur seperti berikut :
- Menambahbaik modul pembelajaran dengan kandungan paling tepat dengan keperluan pelajar dan seiring keperluan Kementerian Pelajaran, disamping kaedah penyampaian yang lebih berkesan.
- Menambahbaik keperluan fizikal akademi dengan membangunkan faktor fizikal seperti penambahan bilik-bilik tutorial dan kemudahan asas yang selesa. Antara lain proses ini termasuklah pembukaan tingkat/ aras satu bangunan operasi sekarang.
- Penambahan kakitangan dan guru-guru pakar yang berpengalaman mengikut keperluan bidang dan subjek yang disediakan.
- Penambahan dan pembelian alat pembelajaran yang lebih interaktif melalui media ICT.
- Meningkatkan tahap keselamatan pelajar menerusi pemasangan cctv.
- Merancang program sampingan yang membantu peningkatan akademik seperti bengkel, kem luar dan motivasi atau aktiviti yang sealirannya.
- Mewujudkan produk 'merchandise' dan free gift seperti contoh t-shirt, note book, dan lain-lain kepada pelajar yang mendaftar bagi sesi 2016.
- Mengadakan hari terbuka untuk pelajar dan ibu bapa.
Semoga semua deraf perancangan awal ini dapat direalisasikan dan di
jayakan dengan sebaik mungkin. Semoga segala usaha ini juga akan
mendatangkan kebaikan kepada banyak pihak dan sentiasa diiringi oleh
redha Allah dan bantuan dariNya.
InshaAllah.
InshaAllah.
#subestacademy
No comments:
Post a Comment