Sunday, 24 May 2015
MAKLUMAN SESI KELAS SEMASA CUTI PENGGAL PERTENGAHAN TAHUN 2015
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sesi kelas di akademi akan dijalankan mengikut jadual seperti biasa sepanjang cuti persekolahan pertengahan tahun ini yang bermula dari 30 Mei hingga 14 Jun 2015.
Terima kasih.
PERANCANGAN SETENGAH TAHUN 2015/2016
Salam sejahtera, setengah tahun 2015 hampir melepasi. Sepanjang tempoh
ini kami mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih kepada semua
ibu bapa, pelajar dan semua pihak yang telah berurusan dengan kami sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih atas
kepercayaan dan amanah yang diberikan.
Melepasi setengah tahun ini dan menjengah tahun akan datang, kami
dalam urusan melakukan refleksi dan merangka perancangan awal untuk
mendepani masa hadapan ini. Dan semua ini dijalankan tidak lain dan
tidak bukan demi untuk memastikan pencapaian yang lebih baik terutama
kepada pelajar dan misi akademi untuk lebih maju ke hadapan.
Insha-Allah, antara perancangan awal yang telah dirancang dan di atur seperti berikut :
- Menambahbaik modul pembelajaran dengan kandungan paling tepat dengan keperluan pelajar dan seiring keperluan Kementerian Pelajaran, disamping kaedah penyampaian yang lebih berkesan.
- Menambahbaik keperluan fizikal akademi dengan membangunkan faktor fizikal seperti penambahan bilik-bilik tutorial dan kemudahan asas yang selesa. Antara lain proses ini termasuklah pembukaan tingkat/ aras satu bangunan operasi sekarang.
- Penambahan kakitangan dan guru-guru pakar yang berpengalaman mengikut keperluan bidang dan subjek yang disediakan.
- Penambahan dan pembelian alat pembelajaran yang lebih interaktif melalui media ICT.
- Meningkatkan tahap keselamatan pelajar menerusi pemasangan cctv.
- Merancang program sampingan yang membantu peningkatan akademik seperti bengkel, kem luar dan motivasi atau aktiviti yang sealirannya.
- Mewujudkan produk 'merchandise' dan free gift seperti contoh t-shirt, note book, dan lain-lain kepada pelajar yang mendaftar bagi sesi 2016.
- Mengadakan hari terbuka untuk pelajar dan ibu bapa.
Semoga semua deraf perancangan awal ini dapat direalisasikan dan di
jayakan dengan sebaik mungkin. Semoga segala usaha ini juga akan
mendatangkan kebaikan kepada banyak pihak dan sentiasa diiringi oleh
redha Allah dan bantuan dariNya.
InshaAllah.
InshaAllah.
#subestacademy
Tips | Nota Ringkas Ulangkaji
Teknik ulangkaji berkesan menerusi nota ringkas yang menarik. Pelajar
boleh mencuba cara ini untuk meningkatkan minat untuk terus ulangkaji.
Jangan jemu mencuba. Buat setakat mampu. Yang penting kekemasan.
Dari Meja Pengerusi
Petikan kata-kata dan perbualan pengerusi kami :
- Uruskanlah akademi pendidikan ini dengan bersungguh-sungguh dan berorientasikan kecemerlangan dalam akademik dan perindahkanlah akhlak pelajarnya.
- Sayangilah pelajarnya sebagaimana ibu bapanya menyayangi mereka dengan meletakkan harapan menghantar mereka belajar di sini. Sebagaimana juga cikgu-cikgu menyayangi anak-anak cikgu dan mahukan mereka berjaya.
-
Subest Academy ditubuhkan bukanlah berteraskan perniagaan dan
keuntungan yang menjadi keutamaan sehingga mengabaikan kualiti ilmu yang
disampaikan. Ianya untuk membantu anak didik untuk mampu bersaing
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Namun, dalam setiap usaha yang
dijalankan pastilah ada kosnya. Kos sewa, utilitis, guru-guru,
penyelenggaraan, pengurusan dan sebagainya tidak boleh dielakkan.
Guru-guru juga perlu ada sedikit ganjaran kerana pengorbanan masa dan
tenaga mereka demi turut sama dalam usaha ini.
Jadi biarlah situasinya menang sama menang. - Tambahnya lagi, jika ada mereka yang tidak mampu bantulah, asalkan bantuan itu pulangannya adalah kejayaan kepada mereka sendiri dan tidaklah disia-siakan.
- Tidak berkira soal masa, biarlah berlebih-lebih sedikit daripada masa yang diperuntukkan, supaya apa yang dibayar setimpal dengan dengan apa yang diperolehi.
- Permudahkanlah urusan ibu bapa dan pelajar, janganlah dibebankan selagi akademi ini tidak terbeban.
- Semua setiap apa yang dijalankan ini, haruslah pengakhirannya dengan keikhlasan. Hanya keikhlasan yang menghilangkan setiap kepenatan yang ada.
- Usaha ini bukanlah untuk jangkamasa pendek. Wawasannya juga jauh. Biarlah akademi ini suatu masa nanti juga turut tertubuhnya sebuah universiti atau setidaknya sebuah kolej, supaya pelajar dapat terus dibantu sehingga ke alam pekerjaan, seterusnya mampu menjunjung agamanya, membangunkan bangsa dan memajukan tanahairnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)